Tuesday, October 24, 2017

love.

There is only one happiness in this life that is to love and to be loved. Being loved by someone gives you strength while loving someone gives you courage. Love is when others happines is more important than you own ❤


love can happen to anyone at not exact time, place and the unknown person or maybe the person that we already know. 
Talking about love is not just love between a girl and a boy but also love among the our family and friends.

FAMILY'S LOVE 

the family's love is love that we can't deny that definitely had grown in each of our heart since we are still a baby. the love is grown bigger by a day. 

                                                                  my lovely family

love can't be describe within a word but to show your love, you can act that you truhtly love the person. I love my family endlessly. They're my backbone through my hard and journey of my life. That is what we called LOVE πŸ’œ

FRIENDS

friends taught me a lot about life. They taught me how to be strong, how to overcome the obstacle (that were created by themselves). joke. They are there to hear all of my problems. 
Having a fight with them are normal cases. That how we evaluate each other. 

FRIENDSHIP GOAL

They are among the most important people in my life. They cheer me up when I am feeling down, they willing to lend their ears to hear my story and their hands to wipe my tears. They are my family when I am far away from my real family. When you're around someone so much for so long, they will become a part of you. And when they change or go away, you don't know who you are without them πŸ‘­

This is how I define the love. Spread love not hate. πŸ’•

Makanan Tradisional Terengganu


Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih muih, lauk pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu dalam senarai di bawah turut disertakan dengan tempat dan restoran mana yang boleh anda pergi untuk mencari makanan-­makanan tradisional orang Terengganu. Ada juga beberapa jenis makanan tradisi Terengganu yang juga ada di Kelantan. Contohnya nasi dagang, di Terengganu nasi dan kuahnya memang berlainan rasa daripada nasi dagang Kelantan. Apa-­apa pun, senarai di bawah merupakan nama makanan di Terengganu yang memang semua orang tahu dan menjadi makanan harian.


Keropok Lekor

Makanan Tradisional yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu. Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu, antara kedai yang popular ialah di Losong dan juga di Seberang Takir. Kalau di Kemaman, anda boleh ke Kg Geliga.


Nasi Dagang

Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.


Ketupat Sotong

Masakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. 



Sata

Sata boleh dikatakan merupakan menu makanan yang menjadi ikon utama kepada daerah Kemaman. Banyak kedai di sini yang menjual sata dan sering menjadi makanan santai di waktu petang.



Nganang

Nganang atau juga dikenali dengan Menganang merupakan kuih yang rasanya seakan-­akan kuih Akok yang popular di Kelantan. Namun tidak seperti akok yang dimasak dalam acuan yang lebih kecil, bentuk kuih nganang ini biasanya dalam bentuk seperti kek yang lebih besar. Terdapat beberapa jenis kuih nganang seperti telur, kacang, beras dan pandan. Kalau yang kaler hijaunya pula, lebih dikenali dengan nama Kuih Bako



MUSIC LIFE

this blog gonna be a little weird as I used the english language. but that's okay, Im very sure that all of you can axactly understand what I'm trying to delivered to you guys! πŸ˜‡

Do you ever listen to a song and remember exactly what life was like when you first heard it? sometimes, music is the only thing that takes your mind off everything else.

           image from google

life is like piano. the white keys represent happiness and the black shows sadness. as you gp through life's journey, remember that the blach keys also makes music. the combination of white keys and the black keys make the music greater.

Samuel Butter recently said :
''life is like music, it must be composed by ear, feeling and instinct, not by rule. nevertheless one had better know the rules, for they sometimes guide in doubtful cases, though not often. without music, life is a journey through a desert. music speaks what cannot be expressed soothes the mind and gives it rest heals the heart and makes it whole flows from heaven to the soul.


dear music,
thanks for being clearing my head, healing my heart and lifting my spirit. πŸ’ƒ

quotes of the day :
sometimes, its not the song that makes you emotional, it's the people and things that come to your mind when you hear it.

so, enjoy and feel each of the songs that you heard.




sahabat

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


bait-bait lirik diatas sangat sesuai untuk dikaitkan dengan definisi persahabatan.
setiap insan mesti mempunyai sahabat meskipun seorang mahupun secara berkumpulan. seseorang yang mendengar setiap keluhan dan rintihan juga selayaknya digelar sebagai sahabat.

                                                                  SAHABATπŸ’


kami sudah berkenalan sejak bangku sekolah menengah hingga kini dan persahabatan kami sudah berusia 6 tahun. 6 tahun bukanlah suatu tempoh yang sangat lama tapi kami sudah mulai masak dengan perangai masing-masing 😈

tipulah kalau saya cakap kami semua tidak pernah bergaduh, kadangkala disebabkan isu yang kecil pun boleh membuatkan berlakunya pertelingkahan 'manja' antara kami. meskipun begitu, jika salah seorang daripada kami mempunyai masalah peribadi mahupun berkaitan pelajaran, kami akan menepikan ego masing-masing dan saling membantu untuk menyelesaikan masalah sahabat kami tersebut. 

pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa, 
' friendship isn't about who you've known the longest.
  it's about who walked into your life, said
  '' Im here for you'' and proved it. '

persahabatan kami juga tidak terhenti disini malah semakin mengukuhkan tali persahabatan kami kerana kesemuanya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Pahang.



untuk sahabat-sahabatku,
terima kasih kerana masih memilih untuk berada disisi disaat semua menghindarkan diri,
terima kasih juga kerana masih sudi meminjamkan bahu untuk merintih kejamnya lakonan pelakon duniawi.

TERIMA KASIH SAHABAT! πŸ‘­

Tuesday, October 10, 2017

Pulau Redang

Pulau Redang adalah sebuah pulau kecil di Laut Cina Selatan, di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Redang terletak di perairan laut yang dilindungi, juga dikenali sebagai Taman Laut Terengganu. Ia terletak kira-kira 45 kilometer dari pantai Kuala Terengganu. Di sebelah pulau utama Redang terdapat banyak pulau-pulau kecil yang lain


Pulau ini dikelilingi oleh air yang jernih dan mempunyai pelbagai keindahan alam sekitar yang dijaga rapi. Anda juga disarankan melakukan aktiviti menyelam di sekitar pulau itu kerana penampakan terumbu karang yang berada dalam keadaan baik. pada hari biasa, Pulau Redang tidaklah menjadi tempat yang sibuk tetapi apabila tibanya waktu cuti persekolahan, Pulau Redang sering menjadi pilihan utama untuk dijadikan tempat melancong.
 Kerana Redang adalah sebahagian dari Taman Laut, semua pelawat perlu membayar bayaran masuk taman marin sebanyak RM5. harganya sangat berpatutan bukan? πŸ‘Œ

SNORKELING


snorkeling adalah antara aktiviti yang wajib dilakukan apabila melancong disini. ini kerana keindahan lautan yang tidak tercemar dan dijaga rapi sejak azali lagi mendapat perhatian orang ramai. malahan, ada yang melihat gambar Pulau Redang dan berfikiran bahawa ini adalah pulau yang terdapat di Maldives.



Snorkeling juga sangat menyeronokkan di sekitar Pulau Redang. Dalam kes ini ia bermakna anda boleh mendapatkan peralatan dan keperluan pinjaman atau sewa di resort anda. Di sesetengah tempat peranginan, anda boleh snorkel secara langsung dari pantai dan dapat melihat terumbu karang, biasanya anda akan dibawa ke tempat snorkel dengan menaiki bot.

 Di Pusat Taman Laut, anda dapat  melihat beberapa ikan yang lebih besar di sini dan kadang kala kemunculan penyu. Jika anda tidak menyelam dan hanya ingin snorkel maka mungkin lebih baik untuk melawat pulau jiran Perhentian kerana keadaan snorkeling jauh lebih baik di sana (walaupun Perhentian mempunyai resort kurang mewah).
Tempat terbaik untuk snorkeling di Redang adalah sepanjang Pasir Panjang; terutamanya berdekatan Redang Reef Resort.

QUICK WALK


Ramai juga pelancong yang berkunjung ke sini untuk menenangkan fikiran dari kota bandar yang sesak ekoran keindahan pulau ini yang tidak terjejas dan dijaga dengan rapi. anda mestilah menyediakan peralatan yang sesuai untuk beriadah dan membawa sedikit ubat-ubatan sebagai persediaan untuk menghilangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. walaupun begitu, anda akan menyesal sekiranya tidak menerokai Pulau ini setelah tiba di pulau ini kelak.


MASA YANG PALING TEPAT UNTUK BERKUNJUNG KE PULAU REDANG





waktu yang paling ideal dan disarankan untuk ke Pulau ini adalah diantara bulan April dan Oktober. walaubagaimanapun, pada bulan Oktober adalah agak lewat kerana setiap tahun akan berlakunya fenomena alam iaitu banjir. anda jugta dinasihatkan untuk membuat tempahan secara online jika berhasrat untuk berkunjung sewaktu cuti penggal. 


oleh itu, rancanglah percutian anda dengan sebaiknya ! πŸ‘








blue rice

nasi berwarna biru?
nasi apa itu?

nasi berwarna biru nasi kerabu namanya wahai teman teman. saya memilih untuk mengupas dan berkongsi resipi nasi kerabu kerana nasi kerabu merupakan nasi kegemaran saya. walaupun nasi kegemaran saya ini bukan berasal dari negeri kelahiran saya sendiri, saya gemar akan rasanya yang pelbagai disertakan dengan ulam ulaman yang semestinya menjadi pilihan saya. oh, untuk pengetahuan, nasi kerabu ini berasal dari Kelantan.

disini, saya kongsikan resipi nasi kerabu yang enak.


NASI KERABU


 Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.


Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:

Kuah biar pekat dan masin sedikit. 





Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.


Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 




Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 




Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin

inilah hasilnya ! nyum 




semoga anda semua mencuba resipi ini dengan jayanya! jangan lupa kongsikan keberhasilan anda di ruang komen ini. semoga anda juga akan jatuh cinta akan keenakannya sepertimana yang saya alami. selamat mencuba !πŸ˜‹

checklist ke Pulau Kapas

Beralih ke Pulau indah yang seterusnya iaitu Pulau Kapas !

Pulau Kapas ini terletak di daerah Marang. untuk ke pulau kapas, ia mengambil masa selama lebih kurang 45 minit menaiki kereta dari Kuala terengganu.


anda juga boleh melancong ke Pulau Gemia yang berdekatan dengan Pulau kapas. percutian anda juga boleh dikategorikan sebagai 2 dalam 1 :) 

sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang Pulau kapas, disini saya selitkan sedikit pemandangan di Pulau Kapas untuk tatapan anda semua.



bagaikan laut di luar negara kan? 😍

bila tengok gambar je pun dah jatuh hati dengan Pulau Kapas kan? ini belum pun lagi menjejakkan kaki ke Pulau yang nian indah itu. 

jika anda sedang merancang untuk ke Pulau Perhentian, anda mestilah menitikberatkan beberapa hal. disini, saya akan senaraikan perkara-perkara yang perlu anda ketahui dan 'take note' sebelum ke sana.



KETAHUI SEBELUM ANDA PERGI

1. BAWA DUIT LEBIH KERANA MESIN ATM TIDAK DISEDIAKN DISANA.
2. BAWA FIRST AID UNTUK KES KECEMASAN
3. UBAT NYAMUK ELEKTRIK KERANA PULAU KAPAS DIKELILINGI DENGAN HUTAN
4. POWERBANK UNTUK KEGUNAAN TELEFON BIMBIT ANDA KETIKA BERADA DI LUAR KEDIAMAN

harap membantu dalam percutian anda! have fun!πŸ’—










Tuesday, October 3, 2017

pulau perhentian





image from google


Assalamualaikum dan haii.πŸ˜‡

okey, seperti yang dijanjikan di entry yang sebelum ini, hari ini saya akan berkongsi pengetahuan tentang Pulau perhentian.

bagi yang belum tahu atau belum pernah dengar tentang Pulau Perhentian, Pulau Perhentian ini terletak di Daerah Besut, terengganu, Malaysia.

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar
homestay yang nyaman, selesa dan berdekatan laut sangat menggamit ketenangan yang dicari. oleh itu, Pulau Perhentian merupakan antara tempat yang wajib dilawati ketika berkunjung ke terengganu.



Tuesday, September 26, 2017

negeri penyu.







 photos from google



Tidak dinafikan bahawa terengganu merupakan salah satu negeri yang menarik dan seringkali menjadi tumpuan pelancong untuk melancong. Bukan pelancong tempatan sahaja yang melancong disini bahkan pelancong asing juga menjadikan terengganu antara negeri-yang-wajib-dikunjungi ketika melancong ke Malaysia. 

ya ,semestinya saya berasal dari Terengganu dan sebagai rakyat Terengganu saya sangat berbangga dengan keindahan negeri Penyu yang telah sedia ada ini! πŸ˜‰

sejujurnya, saya tak sempat pun lagi nk explore semua tempat tempat kat Terengganu ni. kesibukanm  dalam pelajaran mungkin membataskan aktiviti saya untuk meneroka negeri kelahiran sendiri. ia mungkin agak berbunyi sarkastik, tapi itulah hakikatnya. terasa rugi pun ada bila dengar kawan kawan bercerita tentang keindahan tempat yang dikunjungi di Terengganu sedangkan saya sebagai  RAKYAT negeri Terengganu pun belum pernah ke tempat tersebut.

Terengganu juga digelar sebagai negeri Bestari ekoran sistem pendidikan yang agak mebanggakan dan kemajuan pembangunan yang seiring dengan negeri maju yang lain.

okey kembali ke tajuk utama kita, Terengganu seringkali menjadi tumpuan pelancong kerana wujudnya pulau pulau kecil yang indah seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.

keindahan pulau pulau tersebut akan saya kupas di entry yang lain. Have a good day πŸ˜†

stay tuned!πŸ‘‹