Pulau ini dikelilingi oleh air yang jernih dan mempunyai pelbagai keindahan alam sekitar yang dijaga rapi. Anda juga disarankan melakukan aktiviti menyelam di sekitar pulau itu kerana penampakan terumbu karang yang berada dalam keadaan baik. pada hari biasa, Pulau Redang tidaklah menjadi tempat yang sibuk tetapi apabila tibanya waktu cuti persekolahan, Pulau Redang sering menjadi pilihan utama untuk dijadikan tempat melancong.
Kerana Redang adalah sebahagian dari Taman Laut, semua pelawat perlu membayar bayaran masuk taman marin sebanyak RM5. harganya sangat berpatutan bukan? 👌
Kerana Redang adalah sebahagian dari Taman Laut, semua pelawat perlu membayar bayaran masuk taman marin sebanyak RM5. harganya sangat berpatutan bukan? 👌
SNORKELING
snorkeling adalah antara aktiviti yang wajib dilakukan apabila melancong disini. ini kerana keindahan lautan yang tidak tercemar dan dijaga rapi sejak azali lagi mendapat perhatian orang ramai. malahan, ada yang melihat gambar Pulau Redang dan berfikiran bahawa ini adalah pulau yang terdapat di Maldives.
Snorkeling juga sangat menyeronokkan di sekitar Pulau Redang. Dalam kes ini ia bermakna anda boleh mendapatkan peralatan dan keperluan pinjaman atau sewa di resort anda. Di sesetengah tempat peranginan, anda boleh snorkel secara langsung dari pantai dan dapat melihat terumbu karang, biasanya anda akan dibawa ke tempat snorkel dengan menaiki bot.
Di Pusat Taman Laut, anda dapat melihat beberapa ikan yang lebih besar di sini dan kadang kala kemunculan penyu. Jika anda tidak menyelam dan hanya ingin snorkel maka mungkin lebih baik untuk melawat pulau jiran Perhentian kerana keadaan snorkeling jauh lebih baik di sana (walaupun Perhentian mempunyai resort kurang mewah).
Tempat terbaik untuk snorkeling di Redang adalah sepanjang Pasir Panjang; terutamanya berdekatan Redang Reef Resort.
QUICK WALK
Ramai juga pelancong yang berkunjung ke sini untuk menenangkan fikiran dari kota bandar yang sesak ekoran keindahan pulau ini yang tidak terjejas dan dijaga dengan rapi. anda mestilah menyediakan peralatan yang sesuai untuk beriadah dan membawa sedikit ubat-ubatan sebagai persediaan untuk menghilangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. walaupun begitu, anda akan menyesal sekiranya tidak menerokai Pulau ini setelah tiba di pulau ini kelak.
MASA YANG PALING TEPAT UNTUK BERKUNJUNG KE PULAU REDANG
waktu yang paling ideal dan disarankan untuk ke Pulau ini adalah diantara bulan April dan Oktober. walaubagaimanapun, pada bulan Oktober adalah agak lewat kerana setiap tahun akan berlakunya fenomena alam iaitu banjir. anda jugta dinasihatkan untuk membuat tempahan secara online jika berhasrat untuk berkunjung sewaktu cuti penggal.
oleh itu, rancanglah percutian anda dengan sebaiknya ! 👍
No comments:
Post a Comment