Tuesday, September 26, 2017

negeri penyu.







 photos from google



Tidak dinafikan bahawa terengganu merupakan salah satu negeri yang menarik dan seringkali menjadi tumpuan pelancong untuk melancong. Bukan pelancong tempatan sahaja yang melancong disini bahkan pelancong asing juga menjadikan terengganu antara negeri-yang-wajib-dikunjungi ketika melancong ke Malaysia. 

ya ,semestinya saya berasal dari Terengganu dan sebagai rakyat Terengganu saya sangat berbangga dengan keindahan negeri Penyu yang telah sedia ada ini! 😉

sejujurnya, saya tak sempat pun lagi nk explore semua tempat tempat kat Terengganu ni. kesibukanm  dalam pelajaran mungkin membataskan aktiviti saya untuk meneroka negeri kelahiran sendiri. ia mungkin agak berbunyi sarkastik, tapi itulah hakikatnya. terasa rugi pun ada bila dengar kawan kawan bercerita tentang keindahan tempat yang dikunjungi di Terengganu sedangkan saya sebagai  RAKYAT negeri Terengganu pun belum pernah ke tempat tersebut.

Terengganu juga digelar sebagai negeri Bestari ekoran sistem pendidikan yang agak mebanggakan dan kemajuan pembangunan yang seiring dengan negeri maju yang lain.

okey kembali ke tajuk utama kita, Terengganu seringkali menjadi tumpuan pelancong kerana wujudnya pulau pulau kecil yang indah seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.

keindahan pulau pulau tersebut akan saya kupas di entry yang lain. Have a good day 😆

stay tuned!👋






9 comments: